SELAMAT DATANG KE RUANGAN ILMU PERLINDUNGAN TAKAFUL. PENASIHAT TAKAFUL - YASH SEDIA MEMBANTU ANDA - 017 6913043

Sunday 17 February 2013

Kami yang terbaik dan terhebat - Janji Di tepati

Dipetik dari laman Utusan Malaysia bertarikh 02/10/2012



Kerajaan mengkaji mewajibkan semua penduduk Malaysia mempunyai insurans kesihatan pada masa depan.
Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Donald Lim Siang Chai berkata, Institut Insurans Malaysia (MII) diminta untuk menjalankan penyelidikan terhadap cadangan tersebut.

''Memandangkan pada masa ini tiada sebarang peraturan yang mewajibkan individu mempunyai insurans kesihatan, mungkin MII boleh menjalankan penyelidikan bagi sektor tersebut.

''Mungkin mereka boleh melihat sistem yang telah dilakukan negara-negara lain seperti Amerika Syarikat contohnya,'' katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas menyampaikan ucaptama Sidang Kemuncak Insurans Malaysia 2012 (MIS 2012) di sini hari ini.

Hadir sama Ketua Pegawai Eksekutif MII, Khadijah Abdullah.

Tambah Siang Chai, cadangan dan idea baru itu perlu mengikut standard insurans antarabangsa supaya ia dapat dilaksanakan kerajaan.

''MII perlu memberikan cadangan terbaik dan baru terutama dalam memastikan perkara itu baik untuk semua,'' jelasnya.

Terdahulu, MII dengan sokongan Persatuan Insurans Am Malaysia (PIAM), Persatuan Insurans Hayat Malaysia (LIAM) Persatuan Penyelaras Kerugian Malaysia (AMLA) Persatuan Broker-broker Insurans dan Takaful Malaysia (MITBA) dan Persatuan Takaful Malaysia (MTA) menganjurkan MIS 2012 bermula hari ini hingga esok.

Penganjuran sidang kemuncak tersebut bertujuan menjadi platform perbincangan ketua-ketua industri dan ahli profesional dalam bidang insurans untuk membincangkan isu dan cabaran serta bertukar pandangan mengenai pasaran insurans Malaysia dan antarabangsa.

Bertemakan 'Bersediakah kita untuk Esok?' mengumpulkan sebanyak 33 penceramah yang terdiri dari ketua industri insurans.