SELAMAT DATANG KE RUANGAN ILMU PERLINDUNGAN TAKAFUL. PENASIHAT TAKAFUL - YASH SEDIA MEMBANTU ANDA - 017 6913043

MENGAPA INSURANS PERLU DIMILIKI

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pengunjung sekalian....
Selamat datang kepada anda semua. Laman ini direka khas untuk sesiapa yang ingin mendapatkan maklumat mengenai pelan-pelan takaful dari GREAT EASTERN TAKAFUL.

Salam buat semua yang sedang membaca maklumat di dalam blog ini. 

Pendekkan cerita, saya tahu apa yang anda mahu dan saya meyampaikan apa yang saya tahu.  Di sini saya kongsi bersama anda dengan pengetahuan yang saya ada.  Insyallah

 

Di mana kah kita la ni?

Sekarang dah 2013, 7 tahun sahaja lagi akan masuk 2020 yang telah di canangkan oleh mantan perdana menteri kita Tun Dr Mahathir Mohammad.   Sudahkah kita bersedia dengan apa yang akan berlaku di tahun 2020 yang di harap2kan?  Tepuk dada buka lah hati.

 Sekejap sahaja masa berlalu dan pantas sungguh.  Umur kita dah menigkat, dulu anda bujang kini sudah berdua dan now mula beranak pinak.  Namun begit masyarakat Melayu dan Bumiputera ammnya masih lagi ketinggalan berbanding dengan bangsa2 lain yang ada di negara ini baik dari segi pendidikan, perniagaan mahupun ekonomi.  Dalam hidup kita ini perlukan kestabilan baik urusan di dunia mahupun di alam yang kekal abadi.  Tapi masih ada yang tidak tahu seimbangkan tuntutan ini.

Bercakap tentang masa hadapan, pernah tak kita terfikir yang sekarang adalah tahun 2013 dan anda masih:-

  1. Belum mula untuk menyimpan?

  2. Belum ada Insurans Nyawa (Life insurance)? Tapi kereta tiap2 tahun anda renew insuran kannn?

  3. Belum juga memiliki kad perubatan?  Apa tu kad perubatan eak dan untuk apa eak?

  4. Bila anda sakit, apa sumber kewangan yang anda ada?  Mampukah anda nak bayar kos perubatan yang tinggi?

  5. Bagaimana pula dengan waris2 kita, apa yang akan anda tinggalkan bila anda sudah tiada? 

  6. Adakah anda berharta, memiliki rumah tetap dan kenderaan yang sah milik anda?

  7. Bagaimana pula dengan pendidikan anak2 kita, terjaminkah mereka nanti untuk menempatkan diri di menara gading?

  8. Sudahkan anda mkula menyimpan untuk buat Umrah & Haji di masa akan datang?  Di manakah duit ini di simpan?

 

Cukup setakat ini sahaja persoalan yang dapat di kongsikan yer.

 

KEBIASAAN ORANG KITA APABILA BERFIKIR 



KERANA SELESA DENGAN APA YANG ADA.
Apabila topik insurans atau takaful diutarakan, ramai di kalangan kita khususnya orang Melayu dan Islam gemar merujuk pada istilah “rezeki ada di mana-mana”dan setiap seorang telah ditentukan rezeki masing-masing.

Tetapi pernahkah dari kalangan kita merujuk kepada kalam Allah s.w.t. dan sunnah Rasul-Nya yang antara lain mahu umatnya berusaha keras untuk mengubah nasib sendiri dan baru bertawakal.

Istilah Melayu ada menyatakan “sediakan payung sebelum hujan” dan “sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna” tetapi berapa ramai yang menyediakan persiapan sedemikian terutama melibatkan wang ringgit sama ada bagi diri sendiri, anak isteri dan ahli keluarga untuk jangka masa panjang.

Tidak kurang juga yang AMAT berpuas hati dengan membuat tabungan sama ada di Tabung Haji, amanah saham atau mana-mana akuan di institusi kewangan lain yang keluar dan masuk simpanannya tiada batasan masa dan jumlah.

AKIBAT & KESAN DARI TINDAKAN

Maka tersebarlah berita anak cemerlang dan pintar gagal meneruskan pengajian ke peringkat tertinggi kerana masalah kewangan ibu bapa.  Ada yang mengharap bantuan kerajaan semata-mata dan berbangga dengan instituisi yang selama ini melindungi mereka.  Ada antara individu-individu menagih bantuan dan simpati untuk tanggung kos rawatan - maka keluarlah di saluran TV,  Radio, internet,  surat khabar dan di pintu2 masjid yang mohon bantuan umat islam.

Semuanya gara-gara tidak membuat penyediaan melalui skim-skim tabungan jangka panjang dalam bentuk insurans sama ada bagi kesihatan, pendidikan, hayat, keluarga dan seumpamanya.

Sekali lagi kita perlu kembali pada pepatah lama “malang tidak berbau”. Ini bermakna sesiapa jua sama ada kaya, miskin, tua, muda, senang atau susah, semua boleh ditimpa musibah.
Malang dan kesulitan itu hanya akan dirasai apabila saat musibah melanda diri, isteri dan anak-anak atau ahli keluarga secara tiba-tiba.

Bagi golongan kaya, soal sebegini tidak timbul kerana segalanya dilindungi melalui pelbagai skim mewah dan lumayan serta terjamin. Masalah sebenarnya melanda golongan pertengahan yang berpendapatan sederhana dan rendah. Mereka ini sering terleka dengan kesenangan tidak terjamin dan sementara yang dikutip pada setiap bulan.

Sedangkan tabungan melalui skim perlindungan yang diinsurankan, banyak pilihan mengikut kadar kemampuan dari serendah tidak sampai RM3.33 sebulan hingga puluhan, ratusan malah ribuan ringgit untuk jangka masa panjang.

PERUBAHAN MELANDA PEMIKIRAN GENERASI-Y

Lima dan 10 tahun lalu, terlalu sukar untuk kita menarik dan melihat orang Melayu menyertai simpanan melalui skim insurans, sama ada untuk hayat, kesihatan, pendidikan dan sebagainya.
“Kini alhamdulillah, cara berfikir dan kesedaran mereka sudah berubah dan semakin ramai yang membeli serta memiliki skim perlindungan insurans,” kata wakil agensi insurans, Mursal Mat Jadi.

Menurutnya, pada asanya memang semua skim insurans kelihatan sama, tetapi hakikatnya tidak pada dasar dan konsep operasinya.  “Dasar operasi dalam skim takaful adalah berkonsepkan perkongsian secara hibah dan infak secara syariah yang berlandaskan untung dan rugi dikongsi untuk tanggungan bersama. Ia bukan sahaja dijamin halal tetapi terhindar dari unsur riba dan subahat.

“Sebab itu cara dan kadar agihan keuntungannya tidak seperti skim-skim insurans konvensional yang tidak diikat oleh cara dan hukum-hukum Islam,” jelasnya.
Menurutnya, pada zahir skim takaful dianggap kurang efisyen kerana kejahilan mereka tentang Islam.

“Tetapi jika faham dan mahu mengamalkan cara hidup yang dituntut oleh Islam dan syarak, inilah pilihan perkongsian menghadapi kesusahan yang insya-Allah akan diberkati dan mendapat keuntungan dunia dan akhirat,” tambahnya.  “Mungkin mereka tidak dapat melihat kesan atau keuntungannya secara terus untuk jangka masa pendek.

Menurutnya, menabung melalui skim insurans ini mempunyai manfaat besar kepada diri dan ahli waris kerana simpanannya hanya boleh dinikmati setelah peserta menerima musibah.
Ini katanya berbeza dengan simpanan di institusi kewangan atau amanah saham yang boleh dijual beli pada bila-bila masa.

Sumber : Petikan dari Akhbar Utusan Malaysia, 6 Feb 2007